|
|
 |
Tajuk Utama: SANG KENARI BERDUKA, SANG LEBAH PULANG GEMBIRA
STATISTIK PERLAWANAN
KEDAH JOHOR FC
0 GOL 1
3 PERCUBAAN 7
2 PERCUBAAN TEPAT 4
4 OFFSIDE 3
6 SEPAKAN PENJURU 3
0 KAD KUNING 1
0 KAD MERAH 0
40 PENGUASAAN BOLA 60
BARISAN PEMAIN
G JEEVANANTHAN
KHAIRI KIMAN
MAT SAIFUL MOHAMAD
IZUAN JARUDIN ( Wan Rohami, 85 )
RIDWAN MAON
NURUL AZWAN ROYA
M SIVAKUMAR
KHAIRUL ISMAIL
ZULHISHAM JAMALUDDIN ( Saiful Sabtu,70 )
EDDY HELMY ABDUL MANAN
SAIROZY DAUD ( Ezaidy Khadar, 79 )
Pertembungan Kedah dan Johor FC menjadi topik hangat penduduk di jelapang padi minggu ini. Kebanyakan penyokong setia hijau kuning masih tersentak dengan kekalahan kepada skuad singa utara. Maka tidak menghairankan apabila kaunter tiket mula diserbu sebaik dibuka pada jam 5 petang. Dianggarkan hampir 10,000 penyokong memenuhi segenap ruang stadium darul aman di samping sekumpulan kecil penyokong Johor FC.
Jadual liga super yang padat menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan sedikit perubahan pada kesebelasan yang diturunkan. Kedah turun tanpa khidmat Mohd zamri chin , Victor andrag serta Helmi Eliza Elias sebaliknya menurunkan Fazliata Taib di bahagian benteng, Abdul Hadi Hamid di gawang serta cuba menggandingkan Azlan Ismail bersama Faizal Abu Bakar. Seperti dijangka, Kedah mempertaruhkan barisan terkuatnya diketuai pemain kebangsaan seperti Mat Sabree Abu , V Thirumurugan selain Badrul Bakthtiar
Johor FC turut melakukan sedikit rombakan terutama di bahagian tengah dengan merehatkan Wan Rohami Ismail. Situasi ini memaksa M Sivakumar ditolak ke bahagian tengah dan Izuan Jaruddin mengisi kekosongan di bahagian belakang. Sumardi Hajalan turut direhatkan untuk memberi laluan kepada Khairi Kiman mengisi posisi pertahanan kiri. Sairozi Daud digandingkan bersama Eddy Helmy dan Khairul Ismail bertindak selaku playmaker pasukan
Sebaik pengadil meniupkan wisel, Kedah yang melakukan sepak mula dilihat mula mengancam gawang Johor FC sehingga memaksa bahagian benteng dipaksa bekerjakeras. 3 sepakan sudut dalam tempoh 5 minit pertama menggambarkan kesungguhan Kedah mencari 3 mata penuh . Kedah dilihat banyak menggunakan pendekatan bola lintang bagi memerangkap pertahanan Johor FC. Johor FC sedikit demi sedikit menyerap asakan kedah dan mula menguasai permainan dengan kombinasi hantaran di antara Sivakumar dan Khairul Ismail
Johor FC cuba menguji ketangkasan Hadi Hamid dengan melakukan 2 percubaan melalui Sairozy Daud dan Eddy Helmy masing-masing pada minit ke 15 dan 18. Namun kedua-dua rembatan tersebut terus ke dakapan Hadi, tersentak dengan dua serangan tersebut kedah memperkemaskan rentak permainan dan menyeimbangkan penguasaan bola di bahagian tengah. Aksi kemudian bertukar kepada menjadi sedikit hambar dengan hantaran kedua-dua pasukan dapat di baca dengan mudah oleh pertahanan. Kedah banyak menghalakan bola kepada Azlan Ismail namun setiap gerakan itu mudah dipatahkan oleh Mat Saiful Mohamad yang ditugaskan merantai pergerakkan Azlan.
Johor FC nyaris dihukum pada minit ke 35, apabila hantaran jauh Shafizan Hashim mencari Badrol Bakhtiar di penjuru kanan kawasan kotak penalti Johor FC kemudiannya ditolak ke tengah, namun bernasib baik tiada penyerang kedah menyambut dan bola sekadar melintasi depan gol. 5 minit terakhir separuh masa pertama, perlawanan jelas milik kedah dengan menghasilkan 3 sepakan percuma set piece sehinggakan Ramlan Rashid dilihat bangun beberapa kali dari bangku simpanan.
Minit-minit akhir separuh masa pertama, Johor FC dihidangkan peluang terbaik untuk mendahului yang mana ia berpunca sepakan penjuru yang dilakukan Kedah ditanduk keluar oleh pertahanan sebelum Khairul Ismail melebarkan bola kepada Eddy Helmi, larian deras Eddy memerangkap pertahanan Kedah dan situasi satu lawan satu bersama hadi gagal disempurnakan Eddy setelah rembatannya diselamatkan penjaga gol.
Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0-0, dengan Johor FC tidak langsung memperoleh sepakan sudut.
Separuh masa kedua bermula dengan Johor FC menguasai 10 minit pertama malangnya barisan depan gagal mencari penyudah tatkala peluang banyak terhidang. Minit 60, Johor FC sekali lagi dihidangkan peluang terbaik apabila hantaran pertahanan Kedah tersekat pada Sairozi Daud, pemain kelahiran Kelantan itu melarikan bola ke dalam kotak penalti kemudian berdepan satu lawan satu bersama penjaga gol Kedah, malangnya rembatannya pula tinggi walaupun pada masa yang sama mempunyai pilihan untuk menghantar kepada Azwan Roya yang jelas tidak dikawal untuk menolak bola ke gawang yang ternganga luas.
Menyedari bahagian depan bagai kehilangan punca, Ramlan memasukkan Ezaidy Khadar dan Saiful Sabtu, malangnya selepas itu penguasaan bola bertukar menjadi milik Kedah.
Kedah memperoleh peluang yang boleh disifatkan sebagai yang terbaik dalam perlawanan itu apabila berlaku sedikit perlanggaran antara Izuan Jaruddin dan Shahrul Nizam Mustapha, pengadil memberi advantage untuk Kedah melakukan serangan yang kemudiannya bola dilarikan oleh Badrol Bakhtiar dan dilorongkan kepada Azlan Ismail, malangnya sungkitan Azlan tersasar ketika hanya berhadapan Jeevanathan. Akibat insiden itu, Izuan diusung keluar dan digantikan dengan Wan Rohami Ismail. M sivakumar kembali ke posisi pertahanan tengah pada baki aksi permainan
Ketika perlawanan seolah-olah bakal berkesudahan dengan seri dan pengadil perlawanan melihat jam di tangan serta tambahan masa 3 minit diberikan, Johor FC akhirnya mendapat gol keramat yang ditunggu-tunggu. Daripada satu gerak yang dimulakan Khairi Kiman melorongkan bola kepada Ezaidy Khadar sebelum bola itu dipanjangkan kepada Eddy Helmy di penjuru gawang. meskipun dikawal, Eddy sempat menolak kepada Khairul Ismail di tengah kotak penalti sebelum bekas kapten Johor itu tenang melakukan placing yang mengenai tiang kiri pintu gol sebelum menerjah jaring.
Serentak dengan gol itu, penyokong kedah mula-beransur-ansur meninggalkan stadium. Bagi sekumpulan penyokong fanatik mereka masih kekal berdiri sambil menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap aksi Kedah, mereka melaungkan agar Ahmad Yusof dipecat serta bertanggungjawab dengan 2 kali kekalahan berturut-turut di gelanggang sendiri. Malah ada juga suara-suara nakal membandingkan beliau dan Azrai Khor. Sebaik pengadil meniup wisel penamat, Johor FC mengesahkan 3 mata dan pemain Kedah di booo penyokong sendiri tatkala melangkah lesu dari bangku pemain.
|